Thursday, September 21, 2006

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampangan Seremban


Pengetua SMKSA ialah Pn. Hajah Kalsom binti Khalid.

Beliau mengambil alih urusan pentadbiran sekolah kita pada akhir bulan Ogos selepas pertukaran bekas Pengetua kita, Dr.Chia Keng Boon yang telahpun berkhidmat selama 7 Tahun di SMKSA ke salah sebuah sekolah di Mantin. Pn.Hj kalsom menekankan bahawa beliau lebih mengutamakan pencapaian akademik kerana pada pandangannya,tiada gunanya pelajar-pelajar mendapatkan banyak sijil ko-kurikulum tetapi tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam akademik. Walaupun begitu, seluruh warga seri ampangan akan terus memberikan sokongan yang jitu terhadap segala dasar-dasar sekolah di bawah pimpinan beliau dalam memajukan SMKSA.


Sejarah SMKSA

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampangan diasaskan sebagai Sekolah Menengah Rendah King George V yang kedua atau ringkasnya KGV 2 pada bulan Januari 1969. Guru Besar pengasasnya ialah Encik Maurice Chye Shuck San. Buat permulaannya, sekolah ini telah menumpang di Sekolah Kebangsaan Seri Kelana di sebelah petang.
Oleh kerana bertambahnya bilangan murid maka pada tahun 1971 hingga 1972, sekolah ini telah terpaksa menumpang di bangunan Maktab Perguruan Harian (D.T.C) Seremban atau sekarang dikenali sebagai Maktab Perguruan Raja Melewar Seremban. Bagi murid tingkatan satu dan peralihan, telah menumpang di Sekolah Menengah Dato Sheikh Ahmad di sebelah petang.
Pada bulan Jun 1972 barulah bangunan yang ada sekarang siap dan semuanya telah berpindah ke bangunan baru di Ampangan. Pada masa itu bangunan sekolah terdiri daripada 12 bilik darjah , 2 buah makmal, kantin, Blok Seni Perusahaan dan Makmal Sains Rumahtangga. Waktu persekolahan pula dibahagikan kepada dua sidang iaitu sidang pagi dan petang.
Pertambahan murid semakin dirasakan dari setahun ke setahun. Oleh itu, pada tahun 1975 Kementerian Pendidikan membina bangunan tambahan berupa makmal Sains dan Perpustakaan. Pada tahun 1978 dibina lagi bangunan tambahan untuk makmal Sains dan bilik guru serta bilik darjah. Pada tahun 1980 dimulakan kelas tingkatan 6 sastera.
Seterusnya bangunan tambahan untuk KBSM dan Surau sekolah telah dibina dalam tahun 1986. pada tahun 1991, sebuah bangunan baru tiga tingkat yang mengandungi 14 bilik darjah telah dibina untuk menampung pertambahan pelajar.
Pada 27 Oktober 1979 upacara perasmian sekolah telah dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Rais Yatim selaku Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Dengan perasmian tersebut, nama sekolah inti telah bertukar daripada Sekolah Menengah King George V (2) kepada Sekolah Menengah Seri Ampangan dengan pengetua barunya Encik Mohd Zain bin Rais. Sejak tarikh itu dan peristiwa tersebut Sekolah Menengah Seri Ampangan tetap dengan namanya hingga sekarang.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home